Hidup sebagai backpacker ni banyak risiko yang akan kita lalui antaranya
adalah risiko penyakit.Cirit birit, demam, selsema dan batuk adalah antara
simptom yang paling banyak dialami oleh traveller.
Jika kita nak beli ubat di farmasi luar negara, harganya boleh tahan mahal
dan juga terhad.
Jadi, apa salah nya kita bersedia dengan membawa dari Malaysia siap-siap. Bak
kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
Ubat yang saya sarankan dalam senarai ini adalah berdasarkan pengalaman saya
sebagai backpacker.
13 list ubat yang wajib bawa ketika travel sebagai backpacker ini adalah
sebagai langkah awal jika terkena penyakit.Disini saya sertakan antara ubat-
ubat yang biasa dibawa ketika travel.No 13 yang paling penting sekali tau
13 "List" Ubat Yang Wajib Bawa Ketika Travel Backpacker
1.Panadol
Lebih spesifik adalah paracetamol. fungsi panadol ni jika ketika
travel anda mengalami demam atau sakit ringan ia dapat membantu.
Kebiasaannya dos yang ada adalah 500 mg. Jadi anda disarankan untuk
mengambil 1g (2 biji) 4 kali sehari.
2.Ibuprofen
IIni adalah ubat tahan sakit,jika sebarang luka atau ada implikasi dalaman
boleh gunakan ibuprofen ni dulu sbelum dapat rawatan lanjut.
waktu travel, jika anda banyak melakukan aktiviti lasak seperti hiking dan
berjalan. Ubat ini amatlah sesuai untuk dibawa. Anda boleh mengambil 200-
400 mg setiap 4-6 jam sehari
3.ORS
Bila travel makan adalah satu perkara yang wajib,jika bernasib malang
boleh terkena cirit birit atau keracunan makanan,Jadi ORS dalam melegakan
penyakit tersebut.
ORS atau nama lainnya adalah air garam adalah untuk rawatan cirit birit.
Pastikan anda mengambil 1 paket setiap kali membuang air besar.
4.Maxolonn
Bila dah kena cirit birit,lazimnya ia akan datang sekali dengan
muntah-muntah.Jadi fungsi ubat ini adalah untuk ubat ini adalah untuk mengurangkan muntah dan boleh diambil 1 biji 3 kali
sehari.
5. Ranitidine
Ubat ranitidine adalah ubat oral yang menghalang penghasilan asid oleh sel dalam
dinding perut.
Fungsi ubat ini adalah untuk merawat gastrik,Ianya boleh dimakan 1 biji (150 mg) 2 kali sehari.
6.Ubat Resdung
saya sarankan ambil jenis zyrtec,tujuan ubat resdung ni adalah untuk
melegakan resdung dan mengeringkan hingus.tambahan pulak ubat zyrtec ni
dapat melegakan gatal-gatal
Cuma sedikit pesanan ubat resdung jenis ini dia mengantuk,so pastikan
selepas makandapatkan rehat dan tidur yang cukup
7.Ubat Luka
Beli solcoseryl,sangat bagus untuk merawat luka-luka kecil.Bila travel ni
kadang ii kemalangan kecil ni tak dapat dielakkan.
Pastikan keringkan dulu tempat luka baru sapu ubat ni,jika keadaan luka
semakin teruk boleh dapatkan rawatan lanjut
8.Ubat Batuk.
Untuk ubat batuk ni saya sarankan ambik Tussidex Forte,kenapa?
Sebab jenis ubat ni tiada kandungan
codeine kerana kandungan ini banyak dilarang di bawa di sesetengah
negara.Jika Didapati bawa masuk mungkin ada implikasi sampingan dengan
pihak authoriti
9.Minyak Cap Kapak
Ini sangat penting untuk yang selalu pening kepala,minyak ni dapat
melegakan sikit sakit tu.
Tetapi jika anda travel ke China dan India dan masukke tandas awam mereka
WAJIB!!! bawa minyak ni,sebab bau tandas yang sangat harum.
10.Hansaplast.
Digunakan untuk membalut luka-luka kecil,beli yang kalis air kalau
boleh,sebab takut luka terkena air dan mungkin boleh menyebabkan jangkitan
kuman
11.Ubat gatal
Sesiapa yang ada alahan kulit perlu bawa ubat gatal ni,di pasar ada 2
jenis yang selalu saya bawa iaitu fucidin dan fucicort.Keduanya saya
sarankan sebab mempunyai fungsi yang hampir sama sahaja
12.Ubat Sakit tekak
Jika keadaan tekak rasa tak selesa,penggunaan strepsil sangat penting,ia
dapat melegakan tekak yang sakit tu.Nak dapatkan pun senang kat pasaran
pun ada jual
13.Minyak Urat
Yang ni paling penting,kalau travel jauh-jauh tu rasa sakit kaki sakit
pinggang sapu dan urut je kat bahagian sakit tu,Insyaallah baiknya.
Minyak urat ni saya sua pakai jenis Minyak urat petani,tak tahulah jenis
ni je yang kena dengan saya.
Kesimpulan
Kesimpulannya adalah sediakan payung sebelum hujan.Kemalangan ni boleh
berlaku dimana-mana bila kita bawa persediaan seperti ubatan ni kita boleh
buat rawatan awal
Jika keadaan semakin teruk boleh dapatkan rawatan lanjut ke hospital atau
pusat rawatan berdekatan anda
Ulasan
Catat Ulasan