16 Website "Wajib" Tahu Bagi Traveler Backpackers [Penting]




Masalah seperti pengangkutan,makanan,kewangan dan penginapan menjadi masalah utama kepada pengembara diluar sana.

Untuk mengatasi masalah diatas,terdapat banyak website diluar sana yang dibina bagi memudahkan urusan backpackers yang mengembara

Jadi dalam artikel kali ini saya akan kongsikan 16 website yang banyak membantu saya ketika saya mengembara secara backpacker ni.Website ke-16 adalah website yang sangat penting.

16 Website "Wajib" Tahu Bagi Traveler Backpackers  [Penting]

1.Skyscanner.

Skyscanner adalah website yang membantu para pengembara untuk membandingkan harga tiket kapal terbang dari pelbagai syarikat penerbangan.

Bukan setakat membandingkan harga tiket kapal terbang sahaja,Skyscanner juga menawarkan perkhidmatan tempahan hotel dan sewa kereta.

2.HostelWorld

Website ni popular di eropah,dengan HostelWorld kita dapat mencari penginapan dengan harga yang lebih murah.

Bukan itu je dengan Hostelworld ni jugak,jika anda ada rumah yang tak didiami,daftar dengan Hostelworld dan jadikan rumah tersebut sebagai tempat penginapan bagi traveller.Jika ada yang duduk maka anda akan dapat bayaran daripada Hostelworld.

Selain itu,anda boleh berhubung dengan backpacker yang ada diseluruh dunia melalui website ini.Bolehlah bertukar pandagan dan berkongsi pengalaman bersama mereka.

3.Couchsurfing

Couchsurfing adalah global online community yang menghubungkan antara traveler dengan host yang menawarkan penginapan percuma di tempat mereka.

Website ini bertujuan untuk memperkenalkan exchange culture kepada traveler melalui host yang mereka tinggal.Dulu Couchsurfing ni free je tapi sekarang dah kena bayar dah Rm65 untuk setahun.

Kalau pandai cari host bolehlah jimat lagi sebab ada host yang tanggung makan minum anda,tapi kena inform mereka jika anda muslim.

4.Grab

Sapa je tak kenal dengan Grab ni,Sesiapa yang sering travel disekitar Asia Tenggara sangat berguna untuk dapatkan aplikasi ni.

Sekarang servis Grab dah tak macam dulu hanya berfokus kepada kereta sahaja,sekarang dah ada food dilevery,mart dan hotel booking.Jadi apps ni sangat sesuai untuk backpacker di sekitar Asia Tengara

5.Booking.com


Booking.com ni adalah online travel agency,di sini anda boleh booking flight,hotel,kereta sewa malah disini banyak offer menarik yang ditawarkan.

Jika anda ada rumah untuk disewakan,boleh listkan di booking.com ni.banyak je orang buat duit dari listkan property mereka di sini untuk kegunaan pelacong.

Bukan itu je,yang lagi menarik booking.com juga ada menawarkan program affiliate,jika anda selesa dengan servis booking.com promotelah pada kawan-kawan boleh dapat komisyen,masyuk tauu!!

6.Google Translate


Jika anda pergi travel ke luar negara,apps ni sangat penting untuk memudahkan anda berkomunikasi dengan warga tempatan di sana.

Sekiranya anda ingin bertanya arah atau meminta pertolongan kepada mereka gunakan je app ni,kemudian suruh je google tu tolong cakapkan kepada mereka,pasti mereka faham apa yang ingin disampaikan.

So jangan lupa apps ni sangat penting tauu

7.Google Maps


Apa yang saya suka dengan google maps berbanding online maps yang lain adalah kita dapat gunakan offline maps.Maksudnya jika anda ingin ke sesuatu destinasi anda hanya perlu download map tersebut dan dapat gunakan walaupun tidak mempunyai internet.

Perkara ini sangat membantu jika anda tidak mempunyai sambungan internet pada telefon bimbit anda di sesetegah kawasan.

Kemudian di google maps ni jugak anda boleh jadi contributor local guide,sekiranya anda melawati tempat-tempat menarik yang anda boleh berkongsi pengalaman anda bersama orang lain.Malah banyak kelebihan yang anda akan dapat sekiranya menjadi contributor local guide

Baca Juga:Apa itu Google Local Guide?Sangat Menguntungkan Manfaatnya

8.XE Currency


Saya sangat sarankan gunakan XE Currency untuk backpackers berbanding curency convertor yang lain,sebab di sini UI/UX sangat clean dan mudah untuk difahami dan digunakan.

Kemudian disini juga anda boleh transfer duit ke akaun kawan-kawan yang juga menggunakan applikasi XE Currency ni je.Jangan risau apps ni sangat selamat dan dah digunakan oleh banyak orang tau bukan traveler je

9.Tripadvisor

Website ni lebih kurang macam booking.com,tapi yang ia ada sedikit kelainan adalah Tripadvisor ni kita boleh rancang perjalanan kita dengan menggunakan AI(Artifcial Intelligence) so mudahlah anda untuk merancang perjalanan travel anda.

Lagi satu website ni juga ada banyak cadagan restaurant yang menarik,kalau tak tau nak makan apa ketika melancong tanya je Tripadvisor dia boleh bagi saranan.

10.Roadtrripers

Roadtrriper adalah website yang memudahkan anda untuk membuat itenerary ketika travel.Jadi anda boleh plan perjalanan travel anda dengan website ni.

Hanya masukkan destinasi permulaandan tujuan anda website ni akan berikan beberapa cadangan intenerary yang mungkin anda boleh ikut,Ini sangat memudahkan saya sepanjang saya travel secara backpacker

11.Natgeomaps


Untuk yang nak dapatkan peta untuk pengembaraan yang lebih mencabar,boleh dapatkan peta dari Natgeomaps ni,Ni sini banyak disediakan peta untuk pejalan kaki,travel map dan digital map

Tapi disini untuk dapatkan peta-peta tersebut anda kena keluarkan sedikit duit,sebab kena bayar peta dalam website ni

12.WorldNomads

Website ini adalah website yang menawarkan servis insurans yang fokus kepada traveler dan pengembara.Saya gunakan khidmat ini sebab ini adalah khidmat insurans yang paling boleh dipercayai

Selain itu,di sini juga banyak tips,travel yang anda boleh dapatkan secara percuma dan ia sangat membantu saya jika ada masalah kita mengembara


13.Trip.com

Sama je dengan booking.com dan tripadvisor,website ni menawarkan promosi untuk pembelian tiket flight,hotel dan lain-lain.

Cuma ada kawan saya mengajarkan saya bagaimana ingin dapatkan tiket flight murah dengan trip.com.Sangat berkesan dan memang saya sentiasa dapat harga tiket flight yang lebih murah.


14.Workaway

Workaway adalah website dimana ia menghubungkan traveler dengan host di sesebuah negara.Konsepnya hampir sama dengan couchsurfing.

Apa yang memebezakan  workaway dengan couchsurfing adalah tempoh penginapan dan cara kerja

Di workaway anda akan ditawarkan dengan lebih banyak pilihan host dan setiap host kebanyakannya akan menawarkan bayaran jika anda menginap dan bekerja dengan mereka sebagai sukarelawan.


15.WWOOF

WWOF singkatan kepada World Wide Opportunities on Organic Farms, konsep cultural exchange sama seperti Workaway dan Worldpackers yang menawarkan tempat tinggal dan makanan percuma ,tetapi WWOOF ia mengfokuskan kepada sukarelawan pertanian secara organik.

Jadi sesiapa yang meminati pertanian,perikanan dan ternakan.Bolehlah layari WWOF untuk dapatkan pengalaman kembara sambil bertani.


16.Fiverr

Bila travel mestilah nak kena ada duit kan?

Jadi saya sarankan guna website Fiverr untuk dapatkan pendapatan ketika travel,Fiverr adalah website freelance platform,di sini banyak disediakan pekerjaan yang anda boleh lakukan tak kira dimana anda berada.

Bayaran yang anda akan dapat dalam USD tau.macam saya sebagai graphic designer banyak dapat job dari sini

Antara website yang saya boleh senaraikan untuk dapatkan kerja freelance secara online adalah:
Website yang saya senaraikan disni adalah yang selalu saya gunakan sepanjang saya travel,Jika anda mempunyai cadangan,website apa yang perlu seorang traveler tau boleh komen di ruangan bawah sekian terima kasih















































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

13 "List" Ubat Yang Wajib Bawa Ketika Travel Backpacker

3 RAHSIA CARA BELI TIKET BAS MURAH [BERKESAN]