Episode 1:Cuba untuk Memahami soal Hidup dan Mati

Assalamulaikum semua,memandangkan ini adalah episode pertama dalam siri “My Stories”,Saya perkenalkan diri dulu.Nama saya Syed Ahmad Syafiq Bin Syed Sa’audi.Saya berumur 24 Tahun yakni pada tahun 2025.Dan saya sedang melanjutkan pengajian saya di Universiti Kuala Lumpur British Malaysia Institute (UNIKL BMI).

Tujuan saya menulis pada artikel kali ini,hanyalah untuk berkongsi sedikit buah fikiran untuk semua yang membaca,Berlainan dengan artikel yang berkaitan dengan mandiri(sel-sufficient),Book review atau yang lain-lain diamana semua artikel itu saya gunakan Artificial Inteligence(AI).Ia bertujuan untuk mempercepatkan proces penulisan.Tapi bagi kategori “My Stories” Saya tulis dengan tangan saya sendiri tanpa melibatkan sebarang AI.

Ingat Pada Mati

Para pembaca,saya selaku anak muda yang mengharungi era moden yang dipenuhi dengan “Liberal Islam” yang hanya fokusnya adalah duniawi sebagai sasaran dan islam hanya ditanda dengan tudung yang melilit kepala,amat risau dan gelisah dengan apa yang terjadi.Saya bukan lah orang baik tetapi saya berusaha untuk jadi yang terbaik.Bukan terbaik dimata masyarakat tetapi terbaik di mata tuhan saya iaitu Allah.

Umur saya masih muda,tetapi jauh disudut hati saya saya sangat takut kepada kematian,bukan kerana cinta akan dunia tetapi saya tahu jika saya mati banyak yang akan disoal oleh Allah dan banyak perkara yang akan diperhitungkan.Saya menulis kerana hasil tulisan ini saya ingin ia menjadi saksi dihadapan Allah bahawasanya saya pernah menulis bagi mengigatkan manusia tentang akhirat dan kematian

Saya pun tidak tahu bila saya akan mati dan bagaimana saya akan mati sekurang-kurangnya saya berharap Allah menerima amalan dan apa yang saya buat.Kadang-kadang pada usia saya ini banyak nikmat yang telah Allah bagi pada saya,tetapi banyak yang saya mungkiri dan tidak patuh padanya.

Ini membuatkan saya sangat risau pada hari akan datang adakah saya akan didorong masuk ke dalam syurga atau dihumban kedalam neraka?.Namun apa yang lebih merisaukan saya adalah nasib saya ketika masuk ke alam barzakh selepas mati.taman syurga atau lubang neraka?

Amalan sebagai bekalan

Untuk kita masuk kedalam syurga,apa yang kita perlukan adalah redha ALLAH tetapi untuk mendapatkan redha Allah itu seharusnya kita melakukan setiap perkara yang disuruh oleh-NYA dan meninggalkan setiap larangan.Bukanlah nak kata saya ni baik tetapi banyaklah perkara yang saya buat,cuma kadang ii saya risau adakah amalan itu diterima atau tidak.

Tujuan utama saya menulis ini adalah salah satu cara untuk saya menjadikan ini sebagai amalan diakhirat.Sejujurnya saya sendiri penat melalui hidup yang penuh pancaroba iman ini,Tetapi di alam roh saya sudah berjanji dihadapan Allah bahawasanya saya akan patuh setiap arahan dan suruhan yang diperitah oleh-Nya

Sangat penting untuk kita faham bahawa setiap amalan jika kita berazam untuk lakukannya kerana Allah ia dikira sebagai satu amalan baik yang akan menjadi bekalan diakhirat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *